fine art 06/09

fine art 06/09

Friday, July 31, 2009

MENGKUDU DAN MEMORIKU...



‘Mengkudu dan Memoriku’ merupakan karya yang bersifat contemporary art iaitu suatu karya yang baru hasil campuran tradisional dan moden dalam seni yang cuba dihasilkan oleh pengkaji ini. Pengkaji cuba menghasilkan sesuatu yang baru bagi menampakkan kelainan dalam karya beliau. Karya ’Mengkudu dan Memoriku’ menceritakan pergolakan perasaan pengkaji yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang penuh konflik. Selain mempunyai banyak khasiat untuk manusia, mengkudu juga mempunyai satu sifat iaitu pahit. Kepahitan ini digunakan oleh pengkaji dengan kehidupannya sendiri yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang penuh pergolakan. Oleh itu, kepelbagaian warna terhasil daripada luahan perasaan pengkaji sendiri.

Thursday, July 30, 2009

Siput adalah merupakan sejenis kerang-kerangan(binatang lunak) yang berkulit keras.Ia sesuai untuk dijadikan perhiasan rumah mahupun pejabat.

Siput terbahagi kepada tiga jenis iaitu siput sawah, siput laut dan siput air tawar. Siput sawah terkenal dengan nama “kelimbuai”. Siput ini hidup di sawah padi, sifat semula jadinya berwarna hitam dan saiznya sebesar ibu jari kaki.

Makanan asas siput ini ialah rumput dan lumut. Manakala siput laut pula terdapat pelbagai jenis dan nama yang tersendiri. Antaranya ialah kelomang merah bata, siput
blencong atau siput batu karang (keluarga Bursidæ), unam berduri (keluarga Muricidæ),